SEJARAH
Bangunan sekolah
selepas diambil alih dari Tentera Jepun |
Bangunan
Sekolah Lama Bekas rumah Tentera Jepun dijadikan bangunan sekolah |
Pejabat
Sekolah Lama Bangunan Kinjogomi yang dijadikan Pejabat Sekolah |
Sekolah Kebangsaan Tanjong Gemok atau dahulunya dikenali dengan nama
Sekolah Melayu Tanjong Gemok, Endau, Pahang.Ianya telah dibuka selepas tamat Zaman
Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu iaitu pada 31hb. Disember, 1945.
Sebelum Perang Dunia Kedua atau lebih tepat sebelum Zaman Pemerintahan
Jepun di Tanah Melayu, Tanjong Gemok hanyalah sebuah perkampungan kecil dengan penduduknya
lebih kurang 10 kelamin.Kampong Tanjong Gemok adalah nama yang tidak diketahui asal
usulnya sedangkan kampong ini asalnya diketahui dan didaftar- kan dengan nama Kampong
Telok Gading yang telah dibuka pada tahun 1920.Kanak-kanak dari kampong ini bersekolah di Sekolah Melayu Endau Johor yang terletak bersempadan dan dipisahkan oleh Sungai Anak Endau.Mereka menaiki sampan untuk menyebe- rangi sungai tersebut.Tetapi ketika ini antara kedua-dua negeri dapat dihubungkan dengan adanya jambatan yang telah siap dibina pada tahun 1982.
Selepas Perang Dunia Kedua (1945) kanak-kanak dari kampong ini dan kampong-kampong sekitarnya mula bersekolah dengan menumpang di sebuah rumah bekas Pejabat Kinjogomi (Pejabat Jepun).Tapak bangunan ini terletak berhampiran Kompleks Guru pada masa ini.
Keramaian murid pada ketika itu tidaklah memberangsangkan dengan tenaga pengajar hanya seorang sahaja. Namun selepas itu kepesatannya semakin menampakkan perubahan. Ini kerana atas kesedaran ibubapa penduduk setempat.
Sekolah Melayu Tanjong Gemok yang mengguna- kan bangunan Pejabat Kinjogomi ini dari setahun ke setahun bertambah uzur. Selepas empat tahun digunakan untuk dijadikan sekolah, tiang-tiangnya telah putus di permukaan tanah.Untuk mengelak- kannya dari terus roboh, maka pihak sekolah telah mengambil daya inisiatif dengan menggunakan tenaga murid telah memungut nibong kelong hanyut di Tanjong Pahang(Kuala Sungai Endau) lalu memikulnya ke sekolah. Nibong-nibong ini dijadikan pengapit tiang. Atas usaha itu bangunan sekolah dapat diselamatkan dari roboh.Pada tahun 1950, Allahyarham Encik Abdul Rahman Bin Talib (Bekas Menteri Pelajaran Malaysia Kedua) yang merupakan pada ketika itu adalah Nazir Sekolah-Sekolah Melayu Pahang, telah mengambil dayausaha memohon ihsan pihak Polis H.M.S. membenarkan bangunan Rumah Pasung dan berek Polis di Tanjong Anak Endau dijadikan bangunan Sekolah Melayu Tanjong Gemok. Dan permohonan itu berjaya.
Setelah mendapat kelulusan dari F.M.S, maka penduduk-penduduk setempat merobohkan bangunan Rumah Pasung dan berek-berek Polis Tanjong Anak Endau.Segala perkakas yang masih boleh digunakan diangkut ke tapak bangunan sekolah sementara. Hasil dari itu maka bangunan sekolah (Blok A) yang pertama telah didirikan berasaskan kayu pada tahun 1980 dan masih teguh serta dibaik pulih dari masa kesemasa hingga kesekarang ini. Pada tahun 1982 pihak sekolah telah mendapat dua blok (Blok B dan Blok C) bangunan baru beserta satu unit rumah guru (Guru Besar) yang dibina di dalam kawasan sekolah, manakala
Kuaters Guru (bangunan dua tingkat enam pintu)
yang terletak agak berjauhan sedikit memandangkan tapak sekolah amat terhad pada ketika itu.Pada ketika ini Kuaters Guru dihuni oleh guru-guru dari tiga buah sekolah yang berhampiran. Menyusul kemudian pada tahun 1996, penambahan bangunan (Blok D) telah siap dan dapat digunakan untuk menampung kepesatan murid yang ada.Dan pada masa sekarang kekurangan kelas masih dirasai.
Sekolah saya dari 1975 sehingga 1980. Nostalgia 70an
BalasPadamalhamdulilah tahun ni lencana sekolah asal yang kita gunakan sebelum ini telah dipersetujui untuk dikekalkan. Allah permudahkan urusan petukaran kembali kepada lencana asal. itulah mercu tanda dan nostalgia kita sebagai ex murid AK Tanjong Gemok.
Padamsaya rindu kan sekolah kebangsaan tajung gemok . sebab , sekolah tu banyak kenangan saya dengan kawan kawan lama saya 😭 . sekarang , saya tak berpeluang lagi untuk berjumpa dengan diaorang . geng YP , gi sekolah naik van sama sama . kena denda pun sama sama . Allahuakbar , rindu sangat kat dieorang . saya takut saya saja yang ingat kat dieorang . dan diaorang mungkin dah lupakan saya 😭 hurm , saya last sekolah di situ pada tahun 2013 awal tahun . itu saya last jumpa dieorang semua . mesti diaorang dah besar 😍😭
BalasPadamDapat merasa bersekolah di sini pada tahun 1977.. kenangan silam tambang bas 5 sen 10 sen. Sampai bilik darjah ambik kupon makanan di kantin... Ais parut ais kepal... Sekarang dah Tak dapat lihat lagi bangunan kayu tu lagi...
BalasPadam