Program ini adalah kerjasama di antara Hotel Seri Malaysia Rompin dengan Komuniti Tanjong Gemok. Murid SK Tanjong Gemok yang terlibat ialah ahli Pandu Puteri Tunas dan ahli Puteri Islam dengan kerjasama guru pengiring.
Kejohanan Bola Jaring Peringkat Daerah Rompin 2019 telah diadakan di SMK Tanjung Gemok pada 01.02.2019. Pasukan Pantai Selatan telah mendapat tempat keempat dengan wakil daripada SK Tanjong Gemok iaitu Siti Amirah bt Abdullah. Beliau telah terpilih mewakili Zon Pantai Selatan.
Majlis watikah perlantikan pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan sekolah telah diadakan pada 12.02.2019 di Dewan Sri Tanjong SK Tanjong Gemok. Majlis ini dimulakan dengan Ceramah Keselamatan dan Ponteng Sekolah oleh wakil PDRM Tanjong Gemok. Dalam majlis ini majlis ikrar sebagai pegawas sekolah juga dilaksanakan.
Tahniah kepada semua.
BalasPadamTahniah
BalasPadam